Kopi Mahkota Dewa 14 dalam 1

1/11/2012

Syarikat Al-Jannah Global Marketing Sdn. Bhd.

AL-JANNAH GLOBAL MARKETING SDN BHD adalah pusat Pengeluaran, pembungkusan dan menghasilkan produk keluaran kumpulan syarikat ini. Syarikat mempunyai tenaga kerja yang berpengalaman dalam menghasilkan produk herba yang berkualiti. Syarikat sentiasa menjalankan R & D dalam usaha mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan di terima oleh orang ramai untuk pasaran tempatan dan Global. Syarikat juga mendapat kerjasama dan sokongan daripada pusat-pusat yang di iktiraf seperti SIRIM, CEPP UTM, CHEMLAB dll.

Dengan adanya teknologi pemerosesan makanan yang khusus, pengurusan dan pentadbiran personel yang cermerlang, hasil produk diberi jaminan bermutu tinggi.
Syarikat kami juga boleh menghasilkan formula yang istimewa menurut kehendak pelanggan-pelanggan. Perkhidmatan ini disertakan dengan bantuan dan sokongan teknikal. Kami juga sedia memberi perkhidmatan pembungkusan "neutral" dan ciptaan label produk yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan masing-masing

AJGM terdiri daripada sekumpulan eksekutif pemasaran yang berkebolehan. Mereka telah mengasaskan system perkhidmatan pemasaran yang canggih supaya dapat memberi perkhidmatan pemasaran yang cemerlang. Syarikat kami sentiasa bersedia menghasilkan produk yang bermutu tinggi pada harga yang berpatutan. Oleh demikian, misi syarikat kami ialah "Kualiti diutamakan, pelanggan tetap dihormati".

MISI SYARIKAT
Melahirkan lebih ramai usahawan tanpa mengira bangsa yang bergiat aktif dalam bidang permasaran bagi menjana ekonomi isi rumah.
Mewujudkan penggemar kopi berasaskan herba disamping menambah pendapatan.
Membantu golongan muda menjadi ahli perniagaan yang berjaya Mengurangkan kadar pengangguran dengan menggalakkan golongan golongan ini terlibat dalam perniagaan AJGM .

VISI SYARIKAT
Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berjaya dalam bidang pengeluaran dan pemasaran dengan menjana ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang sihat dan ceria

No comments:

Post a Comment